Tuesday 26 May 2015

Setiap insan tidak terlepas dari diduga dengan cabaran-cabaran dalam kehidupan. Beza antara kita ialah bagaimana kita menangani cabaran-cabaran itu. 


Perkhidmatan kaunseling disediakan supaya sesiapa sahaja boleh meluahkan perasaan, pemikiran dan tingkah laku mereka dalam satu suasana yang tidak bias dan dilindungi dengan etika kerahsiaan. 


Proses interaksi di antara seorang kaunselor profesional dan klien ini akan membantu klien meneroka sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Ini adalah kerana penerimaan dan perakuan sumber diri merupakan intipati penting dalam menghasilkan perubahan diri.

No comments:

Post a Comment