LAMAN UTAMA

APAKAH KAUNSELING MAYA?

Kaunseling merupakan satu cara yang boleh diberikan kepada mereka yang memerlukan. Cara yang tradisi ialah dengan memberikan kaunseling dengan cara bersemuka. Kaunseling maya memberikan perkhidmatan yang sama cuma ia menggunakan modaliti emel ataupun chat. Cara ini lebih mudah dan pantas. Kaedah ini bukan menggantikan kaedah bersemuka tetapi ia memberikan kaedah pilihan kepada klien yang memerlukan. Hasil yang diperolehi bergantung kepada kesungguhan, komitmen dan kesediaan klien bekerja sama dengan kaunselor maya yang terlibat.


APAKAH BENTUK/JENIS SOALAN YANG BOLEH SAYA TANYA?

Semua soalan boleh ditanya kecuali yang berkaitan dengan perubatan. Soalan yang biasa kami terima ialah yang berkaitan dengan perhubungan, tentang konsep diri, kebimbangan, kekeluargaan, tekanan di rumah dan di tempat kerja, konflik, komunikasi, kebingungan, dan seumpamannya. Semua soalan ini akan membawa kepada pemahaman diri anda sendiri yang membawa kepada memperbaiki konsep kendiri anda dan hubungan anda dengan orang lain dan persekitaran anda.



ADAKAH MASALAH YANG SAYA KEMUKAKAN DIRAHSIAKAN?

Kami menggunakan etika yang telah disediakan oleh PERKAMA dan juga LEMBAGA KAUNSELOR MALAYSIA. Dalam memberikan perkhidmatan kami juga berpandukan kepada American Psychological Association untuk menjaga kerahsiaan klien. Semua nama dan maklumat yang diberikan kepada kami tidak akan diberikan kepada pihak ketiga untuk apa-apa tujuan dan kegunaan pun. Maklumat yang kami peroleh dari anda ialah alamat emel anda dan butiran diri serta pemasalahan yang anda hantar kepada kami. Itu sahaja. Untuk lebih selamat kami mencadangkan agar anda mempunyai alamat e-mel yang dienkripsi. Alamat tersebut boleh didapati dari laman web berikut; http://safe-mail.net.com . Selepas anda menghantar e-mel anda kepada kami, selepas kami memprosesnya dan sesi kita ditamatkan maka segala informasi yang disimpan akan dimusnahkan. Kami akan memastikan hanya kaunselor anda sahaja yang melihat dan membaca emel dan pemasalahan yang anda hantar.

No comments:

Post a Comment